Pages

Monday 8 April 2013

table runner






assalamualaikum warga dunia, salam satu Malaysia. :)
Alhamdulillah, beberapa produk anjasmara laris dipasaran :P dan buat masa ni telekung lycra kehabisan stock kerana permintaan ramai yang berduyun-duyun. cewah. Jadi, nak dijadikan cerita, admin tidak mahu cerita tentang telekung lycra lagi. Kini anjasmara boutiqe ada mengeluarkan produk baru. iaitu table runner. 

Masih ingat kah anda ketika dahulu lapik meja ini sangat popular dikalangan suri rumah-suri rumah? haha. bukan sahaja suri rumah, bagi wanita-wanita yang berkerjaya juga tidak akan memandang enteng terhadap keceriaan dan keselesaan rumah. Justeru, table runner ini tidak lari dari menjadi pilihan mereka dalam menghiasi ruangan meja di rumah mereka.

 table runner kembali meletuskan ledakannya terhadap peminatnya tersendiri. Tidak menghampakan anda, anjasmara menyediakan pelbagai table runner yang eksklusif dan diperbaharui dengan corak yang unik. Ala2 jepun gitu..hehe..bagai membeli table runner dari jepun. tetapi anda akan dapat di Malaysia ! Harganya tidak membebankan, hanya boleh didapati dengan harga RM 60. Apa? mahal? tidak, ini lah sebenarnya harga yang patut kerana table runner ini muat untuk meja yang 6-8 kerusi. Memuaskan bukan? jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan kepenatan admin meng-update blog ini ! hehehe. hubungi anjasmara sekarang jika berminat :)

No comments:

Post a Comment